Masalah penglihatan warna Penglihatan_warna

Kecacatan penglihatan warna selalunya berkait rapat dengan masalah pada sel-sel penerima retina. Kebanyakan penghidap masalah penglihatan warna tidak sedar masalah ini kerana beranggapan orang lain juga melihat warna sama sepertinya. Oleh itu, ujian penglihatan warna perlu dijalankan bagi mengenal pasti setiap individu yang mempunyai masalah rabun atau buta warna.

Masalah penglihatan warna selalunya adalah penyakit keturunan yang tidak boleh diubati, tetapi ada penyakit-penyakit tertentu yang menyebabkan berlakunya rabun warna seperti kencing manis.

Ujian

Bagi memastikan sama ada seseorang itu benar-benar menghadapi masalah penglihatan warna, ujian-ujian tertentu boleh dijalankan.

  • Ujian Ishihara – Buku ujian yang mengandungi angka simbol tertentu yang digabungkan dalam warna-warna tertentu.
  • Ujian Farnworth D – 15 – Ujian penyusunan yang menglibatkan warna tertentu mengikut urutan yang ditetapkan.
  • Ujian Latern – Ujian menamakan atau memadankan warna tertentu yang dilihat.
  • Ujian anomaloskop